Malbatt 2

Kumpulan Pendahuluan Pasukan Batalion Malaysia 2 (Malbatt 2) seramai 135 anggota dihantar ke Lubnan bagi menjalankan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) selama sembilan bulan. Kontinjen ini diketuai oleh Kol Mohd Nizam Jaafar .Malbatt 2 terdiri daripada 440 anggota daripada dua kumpulan iaitu kumpulan pendahuluan dan kumpulan induk. Kumpulan induk seramai 305 anggota akan ke Lubnan pada 29 April 2010.Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Kumpulan Pendahuluan Malbatt 2 terdiri daripada 32 pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) termasuk dua anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).Berada di Pangkalan Tentera Diraja Udara ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Azizan Ariffin. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Timbalan Panglima Darat Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin.[1]